|
Selamat Datang ke Portal Pekida Malaysia |
|


Selamat Datang ke Portal Rasmi PEKIDA Malaysia.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada anda semua yang sudi meluangkan masa untuk mengunjungi portal ini. Bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dengan izinnya, portal ini berjaya disiapkan seperti yang dihasratkan oleh YM Penasihat Pekida PutraJaya YM Paduka Ayahanda Dato' Seri DiRaja S. Jaafar yang juga Naib Presiden Pekida Malaysia. Terima kasih juga kepada semua Ayahanda-ayahanda Penasihat, Kekanda/Abang-abang Long Penyelia dan seluruh ahli-ahli dari seluruh negara yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam proses penghasilan portal ini. Tanpa anda semua, sudah tentu portal ini sukar untuk disiapkan sepertimana yang dirancangkan.
Tujuan utama portal ini dibina adalah untuk menyediakan satu platform rasmi untuk seluruh Keluarga PEKIDA agar bersama kita dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran untuk memantapkan lagi imej PEKIDA agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia ini khususnya dan dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini amnya. Di samping itu, portal ini juga bertujuan untuk menonjolkan imej korporat & professional PEKIDA MALAYSIA kepada seluruh masyarakat Malaysia. Ini adalah sangat penting demi menunjukkan bahawa PEKIDA sebagai sebuah organisasi terancang yang mampu untuk bersaing dalam kepesatan era globalisasi dan ICT dewasa ini.
Sesungguhnya, sesebuah perjuangan itu haruslah mempunyai objektif dan matlamatnya. Demikianlah juga dengan portal ini. Sebenarnya, kelahiran portal ini boleh dilihat sebagai salah satu cabang perjuangan PEKIDA dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan bangsa Melayu sebagai sebuah bangsa yang maju dan bertamadun seperti mana gahnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada suatu masa dahulu. Ingatlah, sejarah itu sentiasa berulang.
Berikut disenaraikan objektif-objektif penghasilan portal ini:
- Menjadikan portal ini sebagai sumber rujukan yang mengandungi pelbagai maklumat berkenaan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia
- Menjadikan portal ini sebagai sebuah gedung ilmu yang mengandungi pelbagai panduan untuk bangsa Melayu
- Menyediakan pelbagai kemudahan & fasiliti buat semua ahli PEKIDA
- Menjadikan portal ini sebagai sebuah portal perniagaan on-line yang membolehkan ahli-ahli PEKIDA mengiklankan dan memasarkan produk-produk mereka
- Menyediakan pelbagai info dan panduan untuk bangsa Melayu yang masih belum mempunyai perniagaan agar dapat memulakan perniagaan mereka

YM ALLAHYARHAM PADUKA AYAHANDA USTAZ YUSOF SALLEH
PENGASAS PEKIDA MALAYSIA
Alhamdulillah |
|